Chicken Meat Cuts Available for Purchasing/Order at Lay Hong Food Corporation Sdn Bhd
   
 
   
KATEGORI 3: KERATAN KHUSUS  
   
Keratan yang dihasilkan atas permintaan khusus pelanggan.

1. Ayam Suku Bahagian Depan

Ayam Suku Bahagian Depan diperolehi dengan membelah dua ayam separuh depan. Potongan di buat sepanjang tulang belakang thoracic hingga memotong tulang sternum menjadikan 2 belah keratan yang sama saisnya. Tulang leher, sebagian tulang rusuk dan kepak diasingkan.

Maklumat lanjut...
   
2. Ayam Sukuan Belakang

Potongan ini terdiri daripada tulang belakang, separuh bahagian paha dan drumstick. Potongan ini diperolehi selepas memotong separuh belakang ayam melalui tulang belakang. Tongkeng disertakan.

Maklumat lanjut...
   
3. Paha Penuh Tanpa Tulang Punggung

Bahagian ini diperolehi dengan memotong kaki pada persendian punggung yang menghubungkan kaki dan badan. Paha penuh ini mengandungi pangkal peha dan drumstik tetapi tidak mengandungi tulang punggung, kulit bahagian belakang dan kulit bahagian perut.

Maklumat lanjut...
   
4. Ayam Sembilan Potongan

    Mengandungi:
  • 1 Lunas dada
  • 2 Tulang rusk
  • 2 Drumstik
  • 2 Paha dengan bahagian belakang
  • 2 Kepak

Terhasil daripada seekor ayam yang dipotong kepada 9 bahagian. Dimulakan dengan memotong leher diikuti dengan kedua bahagian kepak. Ayam di kerat dua dengan memotong tulang belakang selari dengan tulang rusuk ke 7. Keratan lunas dada diperolehi dengan memotong pertengahan dada.

Note: Nota: Atas permintaan pelanggan, ayam tujuh potongan juga boleh disediakan.

Maklumat lanjut...
   
5. Ayam Potongan Dua Puluh Empat

Terdiri daripada 4 bahagian dada dan 6 bahagian tulang rusuk dada, 4 bahagian paha, 6 bahagian punggung dan kepak yang dipotong 4 bahagian. Tongkeng tidak disertakan.
Diperolehi daripada potongan 9 dan dikecilkan kepada:
  1. Drumstik dipotong kepada 2 bahagian
  2. Lunas dada dipotong kepada 3 bahagian
  3. Kepak dipotong kepada 2 bahagian
  4. Tulang rusuk dipotong kepada 3 bahagian
  5. Paha dipotong kepada 3 bahagian
Nota: Atas permintaan pelanggan, tulang lutut tidak perlu disertakan.

Maklumat lanjut...
   
6. Drumet Ayam

Bahagian lengan atas kepak yang dipotong pada sendi siku (sendi di antara humerus dan radius/ulna).

Maklumat lanjut...
   
   
   
   
   
   
 
 
   
©2014 Copyright Lay Hong Berhad (107129-H). all rights reserved.