Chicken Meat Cuts Available for Purchasing/Order at Lay Hong Food Corporation Sdn Bhd
   
 
   
KATEGORI 1: KERATAN STANDARD LAY HONG  
   
Keratan Standard Lay Hong adalah keratan ayam sejuk yang dihasilkan oleh Lay Hong Food Corporation (LHFC). Di samping ayam bulat, terdapat 7 jenis keratan boleh di perolehi atau membuat pesanan. Semua produk ini adalah dalam keadaan sejuk.

1. Ayam Bulat

Ayam yang telah disembelih secara Halal, dibuang semua bulu, kepala dan kaki (pada pergelangan metatarsal) dan organ dalaman kecuali buah pinggang yang terlekat pada tulang belakang ayam. Tongkeng disertakan.

Maklumat lanjut...
   
2. Kepak Ayam

Potongan ini diperolehi dengan memotong di sendi bahu pada sudut supaya sebahagian daripada daging bahu disertakan. Potongan termasuk keseluruhan kepak (DRUMETTE, KEPAK TENGAH, dan HUJUNG KEPAK) dan sedikit daging bahu.

Maklumat lanjut...
   
3. Daging Lunas Dada

Bahagian posterior dada yang diperolehi dengan memotong pada pertengahan bahagian dada melalui bahagian tulang lembut yang selari dengan tulang rib no.7.

Maklumat lanjut...
   
4. Potongan Bahagian Atas Tulang Rusuk

Bahagian depan bahagian dada diperolehi dengan membuat potongan membelah dua tulang thoracic dan daging dada. Keratan ini mengandungi daging dada beserta dengan bahagian tulang belakang dan bahagian rusuk.

Maklumat lanjut...
   
5. Paha Penuh

Potongan ini terdiri daripada tulang belakang, paha dan drumstick. Potongan ini diperolehi selepas memotong dua bahagian belakang ayam dengan memotong tulang belakang.

Maklumat lanjut...
   
6. Paha Ayam

Bahagian atas paha apabila peha penuh di potong pada persendian lutut. Tongkeng diasingkan. Potongan ini terdiri dari paha, dan tulang belakang beserta dengan kulit bahagian perut dan lemak.

Maklumat lanjut...
   
7. Drumstik

Bahagian paha bawah diperolehi apabila potongan dibuat pada persendian lutut memisahkan paha dan drumstick. Keratan ini juga diperolehi melalui potongan secara manual semasa proses mengeluarkan tulang.

Maklumat lanjut...
   
8. Kepak Ayam BBQ

Diperolehi dengan memotong dekat persendian bahu dan selari dengan tulang skapula. Bahagian ini terdiri daripada drummet, Middle Wing Mid Joint dan hujung kepak tanpa daging bahu.

Maklumat lanjut...
   
   
   
   
   
   
 
 
   
©2014 Copyright Lay Hong Berhad (107129-H). all rights reserved.