Chinese New Year Recipes
   
   
 
 
     
Egg recipe
Chicken Recipe
Frankfurter Recipe
  Kerabu Ayam Dengan Mangga
  • 2 keping dada ayam Air-Chilled NutriPlus dibuang kulit
  • 1 sudu teh garam
  • 300gm mangga muda dihiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 6 biji cili padi ditumbuk
  • 4 tangkai daun sup dipotong 3sm panjang
  • 1biji tomato dipotong dadu
Bahan-bahan perasa:
  • 5 sudu besar jus limau nipis
  • 2 sudu besar sos cili manis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar gula halus
Cara-cara menyediakannya:
  1. Peram dada ayam dengan garam dan kukus selama 10 min sehingga masak. Biarkan sejuk, kemudian hiris ayam dan ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan-bahan perasa dan kacau sehingga gula cair dan sebati.
  3. Untuk menyediakannya letakkan ayam, mangga, bawang, cili padi, daun sup dan tomato. Tuangkan bahan-bahan perasa ke atasnya dan kacau sehingga rata.
  4. Hidangkan segera.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan untuk: 5 orang
 
  Ayam Gajus Berkrim
  • 4 ekor ayam Air-Chilled NutriPlus (ambil bahagian paha sahaja)
  • 3 batang serai, dilecek
  • 5 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 10 ulas bawang kecil, dihiris nipis
  • 20g pes udang
  • 2 biji limau nipis (perah untuk jus sahaja)
  • 120ml pati santan kelapa
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh gula
  • 100g biji gajus (digoreng tanpa minyak)
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • minyak masak
Cara-cara menyediakannya:
  1. Panaskan 120ml minyak. Tumis bawang putih hingga warna keemasan. Angkat dan asingkan. Gunakan minyak yang sama untuk goreng hirisan bawang kecil sehingga nampak rangup dan keluarkan dari kuali.
  2. Gunakan minyak yang sama, goreng paha ayam pula. Setelah masak, keluarkannya dan goreng pula serai bersama pes udang sehingga naik bau.
  3. Kemudian tuangka pati santan kelapa. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan paha ayam yang telah siap digoreng tadi bersama 1/2 bahagian bawang goreng, bawang putih, garam, gula dan jus limau. Gaul sebati.
  4. Setelah masak, hidangkan ke dalam pinggan dan hias atasnya dengan lebihan bawang goreng, hirisan bawang putih dan cili merah berserta biji gajus.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 25 minit
Hidangan untuk: 5 orang
 
  Ayam Pedas Bersos Tomato
  • 1 ekor ayam Air-Chilled NutriPlus dipotong 12
  • 4 biji tomato segar dipotong 4
  • 1 ulas bawang dicincang
  • 1 sudu besar pes cili
Bahan-bahan dikisar:
  • 6 ulas bawang putih
  • halia sebesar ibu jari
  • 1 tin 140gm pes tomato
  • 1 tin 400gm tomato tanpa kulit
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • minyak masak
  • 2 tangkai daun bawang untuk hiasan
Cara-cara menyediakannya:
  1. Panaskan 3 sudu besar minyak, goreng bawang sehingga lembut dan masukkan bahan yang dikisar, pes cili dan goreng sehingga naik bau. Masukan ayam yang sudah dipotong dan goreng selama 3 minit.
  2. Masukkan tomato tanpa kulit, pes tomato, tomato segar dan air sehingga menutupi ayam. Masak ayam untuk 20 hingga 25 minit atau sehingga lembut dengan api sederhana.
  3. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Padamkan api dan hiaskan dengan daun bawang.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan untuk: 5 hingga 6 orang
 
  Soto Ayam Madura
  • 1 ekor ayam Air-Chilled NutriPlus, dipotong empat
  • 2 liter air
Bahan-bahan dikisar:
  • 2sm halia
  • 2sm kunyit
  • 10 ulas bawang kecil
  • 1 camca teh tepung jagung
  • 4 helai daun ketumbar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 camca garam
  • 2 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 paket ketupat nasi (masak ikut arahan)
  • 60g taugeh
  • 6 helai daun parsli, dicincang halus
  • 4 biji telur rebus, dipotong empat
  • bawang goreng (pilihan)
  • 1 ulas kiub ayam (pilihan)
  • garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Bahan Sos:
  • 6 biji cili merah, dilecek
  • 2 camca besar kicap manis
  • 2 camca besar jus limau nipis (dicampur)
Cara-cara menyediakannya:
  1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam air yang mendidih dan biarkan hingga empuk. Kemudian angkat dan biarkan sejuk. Ketepikan dulu air rebusan ayam.
  2. Panaskan minyak dan goreng potongan ayam tadi hingga berwarna keemasan. Biarkan sejuk, ambil isi daging ayam sahaja, direlai halus-halus, buang tulangnya.
  3. Untuk menumis gunakan 3 camca besar minyak, masukkan serai dan biarkan sehingga naik bau. Masukkan bahan yang siap ditumis ke dalam air rebusan ayam dan didihkan pula selama 20 minit. Masukkan pula daun ketumbar, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  4. Tuangkan air rebusan ayam ke dalam mangkuk yang berisi nasi himpit yang telah dipotong dadu. Masukkan pula taugeh dan daun parsli. Kemudian baru dimasukkan pula hirisan daging ayam tadi, telur rebus dan juga bawang goreng.
  5. Hidangkan bersama bahan sos agar lebih berperisa.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan untuk: 6 hingga 8 orang

 

     
 
 
   
©2014 Copyright Lay Hong Berhad (107129-H). all rights reserved.